Friday 24 March 2017

WIFI PERCUMA DI MELAKA

Ramai orang Melaka yang tak tahu, kerajaan Negeri Melaka telah memasang WIFI PERCUMA di beberapa tempat di negeri ini. 


Mungkin wifi percuma ini dipasang bagi memastikan masyarakat di Negeri Melaka mendapat akses maklumat yang segera selain dapat meningkatkan perkembangan teknologi dalam generasi anak muda di Negeri Melaka.


Dibawah ini disenaraikan tempat-tempat yang mendapat akses WIFI PERCUMA di Negeri Melaka.


Daerah Melaka Tengah

  • Kompleks JAPERUN DUN Ayer Molek
  • Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Pulau
  • Perkampungan Portugis
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Palembang
  • Menara PKNM MITC
  • Pasar Besar Melaka
  • Kompleks JAPERUN DUN Sungai Udang
  • Kompleks JAPERUN DUN Pantai Kundor
  • Kompleks JAPERUN DUN Paya Rumput
  • Bangunan Inkubator K-Ekonomi


Daerah Alor Gajah

  • Dataran Keris Alor Gajah
  • Alor Gajah Sentral
  • Sekolah Menegah Kebangsaan Durian Tunggal (JAPERUN Durian Tunggal)
  • Kompleks JAPERUN DUN Rembia


Daerah Jasin

  • Terminal Bas Jasin (JAPERUN Rim)
  • Kompleks JAPERUN DUN Sungai Rambai
  • Kompleks JAPERUN DUN Serkam





Selain WIFI PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan negeri Melaka, terdapat juga beberapa tempat-tempat lain yang turut memberikan WIFI PERCUMA. 


Antara tempat yang mempunyai WIFI PERCUMA:

1. Masjid Al-Azim Melaka
2. Restoran McD di sekitar Melaka (kebanyakannya ada wifi percuma)


Jika anda mengetahui tempat-tempat lain yang menyediakan wifi percuma, boleh share di komen di bawah.

No comments:

Post a Comment