Sunday 22 May 2016

Bahasa Melaka yang perlu diketahui

Assalamualaikum. Ramai yang cakap orang Melaka ni kasar atau kasau. Mungkin mereka belum kenal betul-betul dengan orang Melaka atau pun mungkin disebabkan mereka tidak faham bahasa atau loghat Melaka. Sebagai contoh perkataan kasar, orang negeri lain akan sebut agak lembut. Tapi orang Melaka akan sebut ‘kasau’. Jadi kedengaran agak berbeza dengan bahasa baku.

Satu peringatan yang selalu aku diberikan kepada rakan-rakan aku dan orang luar yang baru belajar-belajar nak cakap bahasa Melaka adalah, kami di Melaka tidak menyebut “Melaka” sebagai Melakau. Kalau anda masih berdegil menyebut sebegitu, mungkin anda akan di’hawau’kan oleh sahabat-sahabat dari Melaka.

Baiklah, dibawah ini aku senaraikan beberapa perkataan Melaka yang agak selalu digunapakai oleh orang Melaka dan agak berbeza daripada perkataan yang digunakan di negeri-negeri lain. Semoga memberi manfaat kepada semua yang pembaca.


1. Koweng: comot
2. Gebau: Selimut
3. Kensal: Tuala mandi
4. Beledi: Baldi
5. Cebok: Gayung
6. Gobok: Almari
7. Lemari: Almari
8. Kahau: Cakap Kasar, cakap besar
9. Reti: Pandai, boleh
10. Lahabau: Apa khabar (La' Khabar)
11. Lahanat: Laknat
12. Hawau/Kesampau hawau: Menunjukan rasa keciwa ( Sampar Hawar -penyakit yg kena pada ayam)
13. Godak: Kacau
14. Mencekik, Mentekedarah, Berbokoh: Makan
15. Kepau: Sepah
16. Bongkang: Tidur
17. Kumbah: Selerak
18. Dak: Kata panggilan sebelum nama seseorang
19. Lopak: Kotak pensil
20. Membongkah: Kuat makan
22. Membongkang/membuta: Tidur
23. Lebang: Pemalas
22. Melohau: Besar sangat
24. Sakau: Merampas, Mencuri atau mengambil hak orang
25. Nau: Benar, Sangat
26. Melanguk: Melepak
27. Handau: Terlepas atau
Tak dapat
28. Canguk: Tak bermaya
29. Be: Panggilan untuk orang yang tidak dikenali
30. Piau: Asli/pure
31. Tegak: Lurus
32. Balai: Khemah
33. Tiak: Panggil
34. Nyaut: Sahut
35. Ghumah: Rumah
36. Bongkau: Beredar
37. Sengkuap: Serambi Rumah
38. Ghoboh: Roboh atau musnah
39. Mengkewan: Bilik Air
40. Muai: Banyak
41. Menonong: Jalan tak pandang kiri dan kanan
42. Semenggah: Senonoh
43. Bakau Darah: Menyakitkan hati
44. Mangkuk hayun: Bodoh
45. Esbok: Peti Ais/aisbox
46. Rebas @ Ghebas: Hujan renyai-renyai
47. Bandau: Bandar
48. Gebeh, Londeh: Nak jatuh atau runtuh
49. Berkenan: suka, setuju
50. Pe'el: Perangai
51. Deras: Cepat
52. Madang: Seringkali
53. Lorat: Menganggu/menyebok
54. Pak'kal: Nasib baik
55. Belo/bingai: Bodoh
56. Mengeras: menghafal
57. Tuang: Isi
58. Air pesam: Air Suam
59. Lemau: Lemah / tak bersemangat / letih
60. Latam, Lencak: Lanyak
61. Kepam: Berbau dan kotor
62. Peghoi atau Peroi: Hancur
63. Sangap: Menguap
64. Belal: Besen @ Tong
65. Pijau: Pijar
66. Dedau: Gigil/takut/rasa mcm nak demam
67. Bulau: Juling (mata)
68. Kot: Mungkin
69. Basah lokos, basah lencun: Basah kuyup
70. Godok/Rodok: Tikam
71. Ketiau: Ikhtiar
72. Berlenging: Tidak pakai baju
73. Jantan Kelepir: Lelaki lembik.
74. Begau: Degil/gila-gila (perangai)
75. Upau: Tali pinggang wanita yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain batik mereka.
76. Kopek: Merujuk kepada perbuatan membuka sesuatu
77. Ikan Betok: Ikan Puyu
78. Kuih telinga batak atau kuih telinga layau: Kuih denderam atau Kuih telinga keling
79. Telinga Layau: Telinga capang
80. Serun: Takut/gerun
81. Berposak-posak: Bersusah payah
82. Keje kawen: Kenduri kahwin
83. Kang atau karang: Nanti
84. Melangok: Duduk melepak tanpa buat apa-apa
85. Titik, Sesah: Pukul
86. Kosek: perbuatan membasuh beras untuk di tanak
87. Terhempap-hempap: Terhegeh-hegeh
88. Sama tumbas: Sama sibuk
89. Muka tarpal: Bermuka-muka
90. Darat: merujuk ke kawasan yang tinggi di sesebuah tempat
91. Baruh: Merujuk kepada kawasan yang rendah di sesebuah tempat
92. Naik: Merujuk kepada aktiviti datang atau sesuatu kawasan yang lebih atas.
93. Turun: Merujuk kepada aktiviti pergi ke sesuatu tempat atau merujuk kepada kawasan yang lebih bawah
94. Berjejai: Jarang sangat
95. Memau: lebam (sayur, buah-buahan), badan berasa lemah.
96. Berdedai-dedai: Berpusu-pusu
97. Hujan Petus: Hujan lebat
98. Terkonyel-konyel: Mengunyah sesuatu yang liat
99. Stemet: Jimat
100. Nalau: Selalu
101. Jinjit: Piat atau Jinjing
102. Sewal: seriau/gerun
103. Muka tebek: muka seposen, selenga, muka kesian
104. Enjap/Anjap: kejap
105. Wat tang : Bawa datang ke mari

sumber : fb Suara Anak Melaka

Friday 20 May 2016

Serba serbi tentang Negeri Melaka

Melaka hebat ðŸ˜‚😂😂

1) Di manakah air paling bersih di dunia?
= Air Molek, Melaka.

2) Di manakah kg paling kaya di dunia?
= Kg. Telok Mas, Melaka

3) Di manakah pokok paling sunyi di dunia?
= Durian Tunggal, Melaka.

4) Di manakah tangga paling berat di dunia?
= Tangga Batu, Melaka.

5) Di manakah bukit paling sedih di dunia?
= Bukit Piatu, Melaka.

6) Di manakah bukit paling ramai org di dunia?
= Bukit Cina, Melaka.

7) Di manakah tempat yg paling sukar dijumpa di dunia?
= Melaka Pindah. Setiap kali gi dah x ada.

8) Di manakah kaum perempuan x suka ke sana dan mengerikan?
= Batang, Melaka.

9) Di manakah tempat paling kecoh dan riuh rendah di dunia?
= Tanjung Keling, Melaka

10) Di manakah tempat yg paling org suka bila tidor
= Bukit Katil, Melaka.

11) Di mana masjid pling unik di dunia
= Masjid Tanah...

12) Di manakah kg paling sejuk di Malaysia?
= Kg Solok Air Batu, Melaka

13) Di manakah tempat paling lembab sepanjang tahun..?
= Batu Berendam, Melaka

14) Di manakah bukit paling org x paham di di dunia..?
= Bukit Sengau, Melaka

15) Di manakah tempat orang takut nak lawati?
= Bukit Beruang, Melaka

Melaka hebat nak mampos😂😂😂semua ada..hahahaha

Wednesday 18 May 2016

PASAR MALAM DI SEKITAR MELAKA (Hari dan Lokasi)




PASAR MALAM MELAKA HARI AHAD
  • Air Keroh Height
  • Bandar Hilir
  • Batu Berendam
  • Kandang
  • Rumah Awam Paya Rumput
  • Pantai Kundor
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Masjid Tanah

PASAR MALAM MELAKA HARI ISNIN
  • Kampung Musai, Bukit Baru
  • Pantai Jaring, Tanjung Kling
  • Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
  • Tanjung Kling
  • Taman Telok Mas
  • Sungai Rambai

PASAR MALAM MELAKA HARI SELASA
  • Kampung Gelam
  • Kampung Lapan, Bachang
  • Padang Temu
  • Taman Seri Duyong
  • Taman Sinn, Ujung Pasir
  • Lubuk China
PASAR MALAM MELAKA HARI RABU
  • Bertam Perdana
  • Batu 13, Sungai Udang
  • Bukit Katil
  • KM12, Pernu · Semabok
  • Taman Kerjasama, Bukit Beruang
  • Taman Peringgit Jaya
  • Depan Masjid Durian Tunggal
  • Taman Maju,Jasin
  • Pekan Merlimau
PASAR MALAM MELAKA HARI KHAMIS
  • Air Molek
  • Tampoi, Kerubong
  • Taman Harta Pertama, Jalan Depoh
  • Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Taman Peruna, Sungai Udang
  • RumahAwam DatinFatimah,Bkt Rambai
  • Serkam Darat
PASAR MALAM MELAKA HARI JUMAAT
  • Rambai Jaya
  • Taman Bukit Serindit
  • Taman Desa Baru, Batu Berendam
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Merdeka
  • Sungai Udang Jaya
  • Taman Telok Mas
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk -Kawasan Kilang Merlimau
  • Lubuk China
PASAR MALAM MELAKA HARI SABTU
  • Batu 12, Sungai Udang
  • Kuala Sungai Baru
  • Kampung Tanah Merah Jaya
  • Paya Ikan, Bukit Baru
  • Taman Bukit Katil
  • Taman Kota Laksamana
  • Taman MGBM, Bachang
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Jasin
  • Serkam Pantai
  • Cheng


pasar malam jonker walk (sayangi.com)



credit to : fb Suara Anak Melaka