Thursday 4 August 2016

TENTATIF BERCUTI DI SEKITAR BANDAR MELAKA, BANDARAYA WARISAN DUNIA

Rasa gembira tampak di muka,
Melihat cincin tersarung di jari;
Selamat datang ke negeri Melaka,
Negeri bersih indah lestari.

Ini pantun spontan yang baharu sahaja dicipta untuk entry kali ini. Mesti ramai yang berminat untuk bercuti di Melaka bersama keluarga tercinta. Terbayang serpihan Kota A Famosa dan bangunan merah yang hanya dilihat didalam buku teks sekolah dahulu. Kota yang penuh dengan tinggalan sejarah dan warisan anak bangsa.

A Famosa

Bangunan Merah (Stadthuys)


Kali ini aku menyediakan jadual atau tentatif atau flow pergerakan melancong di Melaka. Tentatif ini disediakan khas buat anda-anda yang ingin bercuti di Melaka bersama family. Tentatif ini disusun dengan mengambil kira faktor kesesakan di negeri ini pada hari cuti dan juga kesesuaian aktiviti untuk keluarga.

Percutian 3 hari 2 malam di Melaka akan lebih berharga jika dapat diisikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik. Bukan sekadar memerap diri di bilik hotel disebabkan tidak tahu ke mana arah tujuannya.

Tentatif ini agak padat susunannya. Anda boleh sesuaikan dengan bajet dan kesesuaian aktiviti anda. Beberapa aktiviti dikumpulkan sekali kerana tempat tersebut berada berdekatan antara satu dengan yang lain. Ini akan memudahkan pergerakan anda kerana tidak perlu menghadapi kesesakan beberapa kali.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, tetapi agak jauh sedikit daripada kawasan Bandar. 

Bercuti di Melaka sangat mudah. Tidak perlu untuk mengambil “tour guide” kerana jika anda mahir dengan selok belok di Bandar Melaka dan tahu ke mana anda ingin pergi, ia akan menjimatkan masa dan wang ringgit anda. 

Kita bercuti di Melaka bukan untuk menambahkan tekanan seminggu bekerja, tetapi mahukan ketenangan dan keseronokan bersama keluarga. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Gunakan waktu cuti yang ada untuk menggembirakan diri sendiri dan keluarga tercinta.



Selamat Bercuti di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Bandar Warisan Dunia, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa 2. J



TENTATIF BERCUTI DI SEKITAR BANDAR MELAKA

JUMAAT
6.00 petang         : Check In Hotel
8.00 malam          : Makan Malam di Muara Ikan Bakar, Muara Sungai Duyung
10.00 malam        : Uptown di Pahlawan Walk
12.00 pagi            : Balik hotel

SABTU
6.00 pagi              : Solat Subuh di Masjid Tengkera
7.30 pagi              : Sarapan pagi di Kedai Mee Bodo (kena beratur)
8.30 pagi              : Bergerak masuk ke Banda Hilir(parking di Shopping Mall)
9.30 pagi              : Beraktiviti di Banda hilir
·         Melawat Muzium (10++ muzium yang ada)
·         Melawat Stadthuys (bangunan merah)
·         Melawat Memorial Kemerdekaan
·         Melawat A Famosa
·         Memanjat Bukit St Paul
·         Melawat Replika Istana Melaka
·         Naik Beca
·         Membeli kraftangan
·         Makan di Shopping Mall berhampiran(aircond)
·         Menaiki MenaraTaming Sari
·         Menaiki Duck Tour
·         Shopping di Hatten
·         Shopping di Mahkota Parade
·         Shopping di Dataran Pahlawan
6.00 Petang          : Melawat Masjid Selat
7.00 malam          : Makan Malam di Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana
8.00 malam          : Solat di Masjid Tengkera
8.30 malam          : River Cruise atau Shopping di Jonker Walk
10.30 malam        : Berjalan di Pantai Klebang- Dataran 1 Malaysia
12.00 pagi            : Tidur

AHAD
8.00 pagi              : Sarapan di Roti Canai Kari Kepala Ikan Bukit Beruang
9.00 pagi              : Bergerak ke Ayer Keroh
10.00 pagi            : Aktiviti Rekreasi di sekitar Ayer Keroh
·         Zoo Melaka
·         Taman Buaya
·         Mini Malaysia dan Mini Asean
·         Kayak, wall climbing, paintball di Tasik Ayer Keroh
·         Buggy riding di Taman botanical Melaka
·         Canopy Walk di Taman Botanikal Melaka
·         Melawat Muzium Orang Asli
·         Mandi bersama family di Wonderland
·         Taman Burung Melaka
·         Kedai Kraftangan Taman Botanikal Melaka
·         Membeli belah di Mydin terbesar di Melaka
2.00 petang         : Makan Tengahari di Kawasan Rehat Masjid MiTC atau di Mydin MiTC
6.00 petang         : Bertolak pulang ke rumah
7.00 malam         : Singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh
12.00 malam       : Sampai di rumah

No comments:

Post a Comment