Hari Rabu yang lepas aku pergi
berjalan-jalan di tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir, Melaka. Agak lama
juga tidak menjejakkan kaki di kawasan-kawasan bersejarah di sana. Ada juga
tempat-tempat yang pertama kali aku ketahui kewujudannya.
Berbekalkan hanya telefon bimbit,
banyak juga gambar yang diambil sepanjang perjalanan singkat aku menjelajah
kawasan bersejarah di sekitar Bandar Hilir. Entry kali ini lebih kepada
menceritakan perjalanan keseluruhan aku selama 5 jam bermula sekitar 2 petang
sehingga 7 malam. Jelajah kali ini agak ekspres kerana tujuan aku adalah untuk
mengambil sebanyak gambar yang boleh sebelum bateri telefon bimbit habis.
Aku bergerak dari rumah pada jam
1.15 petang, sebelum Zuhur dan sampai di area Melaka Tengah lebih kurang jam
1.50 petang. Tempat pertama yang dituju adalah Masjid kampung Hulu. Solat Zuhur
dikerjakan di sana. Aku suka bersolat di masjid ini kerana reka bentuknya yang
menarik, dekat dengan kawasan bandar serta lokasinya yang senang untuk diakses.
Masjid kampung Hulu
Ruang Solat Masjid Kampung Hulu
Kolah tempat mengambil wuduk
Beduk yang sudah tidak digunakan lagi
Kemudian kembara diteruskan ke
kawasan bangunan-bangunan bersejarah. Aku parking motorsikal di kawasan
berbukit berhadapan Balai Polis Melaka Tengah. Betul-betul di sebelah bangunan
Stadhuys atau lebih dikenali sebagai bangunan Merah.
Bangunan Stadthuys
Nak tahu berkaitan Stadthuys, boleh baca papan tanda ni
Bangunan ini menempatkan beberapa
buah muzium. Salah satunya adalah Muzium Sejarah dan Ethnografi. Untuk masuk ke
muzium ini pelancong boleh membeli tiket pada harga pakej iaitu RM 5 untuk
dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Dalam pakej ini, pengunjung juga dapat
melawat 4 buah muzium lain dan juga sebuah galeri. Muzium ini dibuka setiap
hari bermula jam 9 pagi sehingga 5:30 petang.
Kadar bayaran untuk memasuki 5 muzium dan 1 galeri (tiket boleh dibeli di pintu masuk Muzium Sejarah dan Ethnografi)
Muzium Sejarah dan Ethnografi
Galeri Cheng Ho
Muzium Sastera dan Muzium Pendidikan aku tak jumpa pintu masuk atau papan tanda muzium ini.
Kompleks Muzium Studthuys dan waktu lawatan muzium
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Yang Di-Pertua Negeri
Melaka
Aku tak masuk muzium-muzium
ini kerana masa yang tidak mengizinkan. Lagipun aku tak sediakan bajet untuk masuk ke muzium. Seterusnya aku memanjat ke Bukit St
Paul.
Permandangan yang dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke puncak Bukit
St Paul.
Akak-akak ni berehat selepas penat memanjat
bukit
Ada jualan kraftangan juga di
kawasan tangga
Tak tahu patung apa, aku ambil pun
sebab budak tu nampak macam comel
Pemandangan dari puncak Bukit St
Paul
Ramai lagi yang gigih memanjat
bukit ni. Yang pakai topi tu pelancong dari korea.
Diatas puncak bukit ini terdapat
runtuhan Gereja St Paul. Didalamnya terdapat beberapa kubur orang-orang Belanda
dan Portugis.
Dahulunya, diatas bukit ini telah
dibina Istana Sultan. Namun demikian istana tersebut telah musnah ketika portugis
menyerang Melaka.
Bahagian Hadapan Gereja St Paul
Bahagian belakang Gereja St Paul
Dibahagian belakang gereja ini ada juga pintu yang menghubungkan ke Kompleks Muzium Sthudtyus Sthudyus Studthuys (susah betul nak eja) tadi. Nak beli tiket kat sini pun boleh.
Kaunter tiket di puncak Bukit St Paul
Bahagian dalam Gereja St Paul
Batu nesan Belanda dan Portugis
Dalam ni pun ada orang jual cenderamata
Batu laterit yang digunakan untuk membina Gereja St Paul
Suasana dalam bilik
Bahagian tepi Gereja St Paul
Ada juga orang yang menyanyi, kebanyakannya
lagu-lagu portugis ada juga lagu kemerdekaan
Jualan cenderamata, kat mana-mana pun ada
Dataran Pahlawan dan Memorial Kemerdekaan boleh dilihat dari atas bukit St Paul
Gereja St Paul dari tepi
bersambung ke part 2
No comments:
Post a Comment