Ramai yang tercari-cari tempat2 yang best untuk dilawati
sempena cuti sekolah tak lama lagi ni kan. Tak sampai seminggu je lagi. Kat
mana agaknya tempat yang sesuai untuk anda dan family dapat bersantai dan menenangkan
fikiran setelah agak lama tak bercuti?
Antara tempat yang paling sesuai untuk seisi family
melancong sambil menghilangkan segala kepenatan bekerja tentulah di negeri
Melaka. Melaka yang terkenal dengan negeri pelancongan sentiasa menggamit
pelancong samada dari dalam atau luar negara untuk singgah di negeri ini untuk
menikmati khazanah yang tertinggal di dalamnya.
Melaka bukan sahaja dikenali sebagai negeri bersejarah,
Melaka juga turut dikenali sebagai negeri pelancongan kerana kebanyakan hasil
di negeri ini bersumberkan pelancongan. Menjejakkan kaki di Melaka, kita pasti
terpesona dengan papan tanda coklat(papan tanda pelancongan) yang memenuhi
negeri ini. Dimana-mana sahaja kita dapat melihatnya.
Seandainya anda berminat untuk melancong di Melaka sempena
cuti sekolah akan datang, disini di cadangkan beberapa tempat yang wajib anda
lawati. Susun jadual anda sebaiknya. Pastikan tempat-tempat ini dapat dilawati
agar anda tidak merasa menyesal dalam percutian anda kali ini.
1. MELAKA RIVERCRUISE
Melaka rivercruise terletak di tengah-tengah bandar Melaka.
Jika tidak berlaku kesesakan anda hanya memerlukan 30 minit sahaja perjalanan
dari Tol Ayer Keroh atau Tol Alor Gajah untuk sampai ke tempat ini.
Harga yang berpatutan untuk perjalanan yang menjangkau masa
40 minit menaiki bot. Perjalanan ini merentasi sungai Melaka bermula dari Taman
Rempah, melalui Kampung Morten, Jambatan Hang Tuah dan beberapa tempat
bersejarah yang lain pasti menenangkan fikiran anda. Tak cuba, pasti anda
menyesal.
2. TEMPAT BERSEJARAH DI BANDAR MELAKA
Melaka terkenal dengan tempat-tempat yang bersejarah.
Alang-alang sudah berada di bandar Melaka, boleh singgah di tempat-tempat ini
yang agak berdekatan antara satu sama lain. 5 minit jalan kaki dari Taman
Rempah, tempat anda menaiki Rivercruise, anda boleh pula menikmati tinggalan
sejarah Belanda, Portugis dan Inggeris di bandar bersejarah ini.
a) Studhuys (Bangunan Merah)
b) Jam Besar
c) Kincir Angin
d) Kincir Air
e) Tapak ekavasi Runtuhan Kota Melaka
f) Muzium2 (ada lebih 10 Muzium di sekitar bandar Melaka,
berdekatan antara satu dengan yang lain)
g) Gereja St Paul (penat sikit, kena panjat bukit)
h) Gerbang A’Famosa
i) Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
J) Memorial Kemerdekaan
Disini anda boleh mengabadikan kenangan anda melancong ke
Negeri Melaka, kerana kebanyakan ikon yang sering dilihat di dalam buku Sejarah
masih kekal disini.
3. MELAKA ALIVE
Tempat pelancongan yang agak baru di Melaka. Terletak
berhadapan dengan Gerbang A’Famosa, anda akan menikmati suatu perjalanan yang
anda tidak mungkin dapat nikmati di tempat lain.
4. MENARA TAMING SARI
Nak melihat keseluruhan Bandar Melaka, anda boleh meneruskan
perjalanan dengan menaiki Menara Taming Sari. Dari sini anda dapat melihat
tempat-tempat yang anda telah lawati dan tempat-tempat yang ingin anda lawati.
5. DUCK TOUR
Anda yang sudah penat berjalan boleh merehatkan kaki anda
dengan menikmati Duck Tour. Pelancongan 2 alam membawa anda bersiar-siar di
sekitar bandar Melaka dan juga menyelusuri sungai serta pantai di sekitar
Bandar Melaka.
6. MBMB SWIMMING POOL
Terletak di tengah-tengah bandar Melaka, swimming pool ini
menjadi tarikan ibu bapa dan anak-anak untuk menyegarkan badan setelah seharian
berjalan. Jika tidak membawa kelengkapan mandi, anda boleh menyewa seluar dan
baju renang disini.
7. JONKER WALK
Bila saja malam menjelang tiba, Jonker Walk adalah tempat
yang paling sesuai untuk anda meneruskan perjalanan anda. Disini agak sesak
dengan manusia tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama. Melayu, Cina,
India, dan pelancong dari luar negara memenuhi kawasan ini. Jonker Walk
menyediakan cenderahati yang menarik dan agak berbeza dari cenderahati yang ada
di tempat lain di Melaka. Jadi belilah cenderahati untuk sahabat-sahabat anda
disini.
*8. SHOPPING MALLL
Banyak tempat yang sesuai untuk anda melakukan window
shopping di Bandar Melaka. Tak perlu bersusah payah naik turun bas atau kereta
kerana kesemua tempat-tempat ini berdekatan antara satu dengan yang lain.
Pahlawan Walk, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Hatten Square adalah
shopping mall yang menjadi pilihan kerana tidak jauh dari kawasan perlancongan
1 sehingga 7 yang disebutkan diatas.
7 tempat menarik ini anda boleh habis lawati seharian sekiranya
anda memulakan aktiviti anda seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 10 malam. 7
tempat ini juga dicadangkan untuk dilawati pada hari Sabtu.
Beberapa tips melancong sekitar Bandar Melaka akan dikongsikan
dalam entri yang berikutnya. Kalau melancong, benda yang nak dielakkan adalah
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, duduk dalam kereta lebih lama dari
berjalan. Betul tak? Jadi tunggukan entri seterusnya untuk tips melancong
dengan seronok dan gembira di Bandar Melaka tanpa terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas.
Untuk percutian yang lebih tersusun boleh lihat disini Tentatif Bercuti di Melaka
No comments:
Post a Comment