Thursday 18 August 2016

BERCUTI DI BANDAR HILIR MELAKA (gambar) - Melawat Tempat-tempat bersejarah 1

Hari Rabu yang lepas aku pergi berjalan-jalan di tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir, Melaka. Agak lama juga tidak menjejakkan kaki di kawasan-kawasan bersejarah di sana. Ada juga tempat-tempat yang pertama kali aku ketahui kewujudannya.

Berbekalkan hanya telefon bimbit, banyak juga gambar yang diambil sepanjang perjalanan singkat aku menjelajah kawasan bersejarah di sekitar Bandar Hilir. Entry kali ini lebih kepada menceritakan perjalanan keseluruhan aku selama 5 jam bermula sekitar 2 petang sehingga 7 malam. Jelajah kali ini agak ekspres kerana tujuan aku adalah untuk mengambil sebanyak gambar yang boleh sebelum bateri telefon bimbit habis.

Aku bergerak dari rumah pada jam 1.15 petang, sebelum Zuhur dan sampai di area Melaka Tengah lebih kurang jam 1.50 petang. Tempat pertama yang dituju adalah Masjid kampung Hulu. Solat Zuhur dikerjakan di sana. Aku suka bersolat di masjid ini kerana reka bentuknya yang menarik, dekat dengan kawasan bandar serta lokasinya yang senang untuk diakses.


Masjid kampung Hulu

Ruang Solat Masjid Kampung Hulu


Kolah tempat mengambil wuduk


Beduk yang sudah tidak digunakan lagi


Kemudian kembara diteruskan ke kawasan bangunan-bangunan bersejarah. Aku parking motorsikal di kawasan berbukit berhadapan Balai Polis Melaka Tengah. Betul-betul di sebelah bangunan Stadhuys atau lebih dikenali sebagai bangunan Merah.

Bangunan Stadthuys


Nak tahu berkaitan Stadthuys, boleh baca papan tanda ni


Bangunan ini menempatkan beberapa buah muzium. Salah satunya adalah Muzium Sejarah dan Ethnografi. Untuk masuk ke muzium ini pelancong boleh membeli tiket pada harga pakej iaitu RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Dalam pakej ini, pengunjung juga dapat melawat 4 buah muzium lain dan juga sebuah galeri. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 5:30 petang.


Kadar bayaran untuk memasuki 5 muzium dan 1 galeri (tiket boleh dibeli di pintu masuk Muzium Sejarah dan Ethnografi)


Muzium Sejarah dan Ethnografi


Galeri Cheng Ho

Muzium Sastera dan Muzium Pendidikan aku tak jumpa pintu masuk atau papan tanda muzium ini.


Kompleks Muzium Studthuys dan waktu lawatan muzium


 Muzium Pemerintahan Demokrasi


Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka


Aku tak masuk muzium-muzium ini kerana masa yang tidak mengizinkan. Lagipun aku tak sediakan bajet untuk masuk ke muzium. Seterusnya aku memanjat ke Bukit St Paul. 


Permandangan yang dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke puncak Bukit St Paul.
 Boleh nampak kapal Samudera (Muzium Maritim) dan Menara Taming Sari


Akak-akak ni berehat selepas penat memanjat bukit


Ada jualan kraftangan juga di kawasan tangga


Tak tahu patung apa, aku ambil pun sebab budak tu nampak macam comel


Pemandangan dari puncak Bukit St Paul



Ramai lagi yang gigih memanjat bukit ni. Yang pakai topi tu pelancong dari korea.

Diatas puncak bukit ini terdapat runtuhan Gereja St Paul. Didalamnya terdapat beberapa kubur orang-orang Belanda dan Portugis.

Dahulunya, diatas bukit ini telah dibina Istana Sultan. Namun demikian istana tersebut telah musnah ketika portugis menyerang Melaka.



Bahagian Hadapan Gereja St Paul

Bahagian belakang Gereja St Paul

Dibahagian belakang gereja ini ada juga pintu yang menghubungkan ke Kompleks Muzium Sthudtyus  Sthudyus  Studthuys (susah betul nak eja) tadi. Nak beli tiket kat sini pun boleh. 


Kaunter tiket di puncak Bukit St Paul


Bahagian dalam Gereja St Paul


Batu nesan Belanda dan Portugis


Dalam ni pun ada orang jual cenderamata


Batu laterit yang digunakan untuk membina Gereja St Paul


Suasana dalam bilik


Bahagian tepi Gereja St Paul


Ada juga orang yang menyanyi, kebanyakannya
lagu-lagu portugis ada juga lagu kemerdekaan


Jualan cenderamata, kat mana-mana pun ada


Dataran Pahlawan dan Memorial Kemerdekaan boleh dilihat dari atas bukit St Paul


Gereja St Paul dari tepi

bersambung ke part 2


NIGHT MARKET IN MELAKA (day and location)


Walking and shopping at the night market is the one of the best thing to do in Melaka. We can learn the calture by bargaining with product and negotiate the price with the seller. At the night market in Melaka, we can also seeing the multiple races and religion people that create multiculture in Malaysia. For those that visiting Melaka, I would like to suggest all of you to take a tour at Jonker Walk Night Market and also Dataran Pahlawan Walk Night Market. It is not the best but it is the nearest to the city and also the most popular night market in Melaka.


MELAKA NIGHT MARKET (SUNDAY)
  • Air Keroh Height
  • Bandar Hilir
  • Batu Berendam
  • Kandang
  • Rumah Awam Paya Rumput
  • Pantai Kundor
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Masjid Tanah

MELAKA NIGHT MARKET (MONDAY)
  • Kampung Musai, Bukit Baru
  • Pantai Jaring, Tanjung Kling
  • Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
  • Tanjung Kling
  • Taman Telok Mas
  • Sungai Rambai

MELAKA NIGHT MARKET (TUESDAY)
  • Kampung Gelam
  • Kampung Lapan, Bachang
  • Padang Temu
  • Taman Seri Duyong
  • Taman Sinn, Ujung Pasir
  • Lubuk China
MELAKA NIGHT MARKET (WEDNESDAY)
  • Bertam Perdana
  • Batu 13, Sungai Udang
  • Bukit Katil
  • KM12, Pernu · Semabok
  • Taman Kerjasama, Bukit Beruang
  • Taman Peringgit Jaya
  • In front of Masjid Durian Tunggal
  • Taman Maju,Jasin
  • Pekan Merlimau
MELAKA NIGHT MARKET (THURSDAY)
  • Air Molek
  • Tampoi, Kerubong
  • Taman Harta Pertama, Jalan Depoh
  • Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Taman Peruna, Sungai Udang
  • Rumah Awam Datin Fatimah,Bkt Rambai
  • Serkam Darat
MELAKA NIGHT MARKET (FRIDAY)
  • Rambai Jaya
  • Taman Bukit Serindit
  • Taman Desa Baru, Batu Berendam
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Merdeka
  • Sungai Udang Jaya
  • Taman Telok Mas
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Factory area at Merlimau
  • Lubuk China
MELAKA NIGHT MARKET (SATURDAY)
  • Batu 12, Sungai Udang
  • Kuala Sungai Baru
  • Kampung Tanah Merah Jaya
  • Paya Ikan, Bukit Baru
  • Taman Bukit Katil
  • Taman Kota Laksamana
  • Taman MGBM, Bachang
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Jasin
  • Serkam Pantai
  • Cheng


Jonker Walk night market (sayangi.com)



Monday 15 August 2016

LAGU NEGERI MELAKA - Lirik

"MELAKA MAJU JAYA"

MELAKA NEGERI BERSEJARAH
TEMPAT TUMPAH DARAH KITA
DIJUNJUNG DENGAN SEPENUH JIWA
UNTUK MAJU DAN JAYA

RAKYAT MELAKA SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELAKA MAJU JAYA


"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG"

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
GAGAH BERANI
NEGERI INDAH, TAK TERPERI
NILAI MURNI KUALITI TINGGI

HULUBALANGNYA TERBILANG
NEGERI HEBAT CEMERLANG
POKOK MELAKA LAMBANG RAKYAT GEMILANG
DAULAT DIJULANG

MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA NEGERI BERSEJARAH
DIMANA SEMUANYA BERMULA
RAKYATNYA TAAT DAN SETIA
MELAKA MAJU DAN JAYA

MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG



Untuk makluman anda semua, Melaka ada 2 lagu rasmi yang akan dinyanyikan pada setiap kali majlis rasmi kerajaan negeri. Lagu tersebut adalah lagu rasmi yang telah digunakan sejak daripada merdeka lagi iaitu lagu "Melaka Maju Jaya" dan juga lagu baru yang baru sahaja digunakan beberapa tahun kebelakangan ini iaitu lagu "Melaka Maju Negeriku Sayang".

Disini disediakan sekali link youtube bagi kedua-dua lagu diatas:

Melaka Maju Jaya
Melaka Maju Negeriku Sayang



Thursday 4 August 2016

TENTATIF BERCUTI DI SEKITAR BANDAR MELAKA, BANDARAYA WARISAN DUNIA

Rasa gembira tampak di muka,
Melihat cincin tersarung di jari;
Selamat datang ke negeri Melaka,
Negeri bersih indah lestari.

Ini pantun spontan yang baharu sahaja dicipta untuk entry kali ini. Mesti ramai yang berminat untuk bercuti di Melaka bersama keluarga tercinta. Terbayang serpihan Kota A Famosa dan bangunan merah yang hanya dilihat didalam buku teks sekolah dahulu. Kota yang penuh dengan tinggalan sejarah dan warisan anak bangsa.

A Famosa

Bangunan Merah (Stadthuys)


Kali ini aku menyediakan jadual atau tentatif atau flow pergerakan melancong di Melaka. Tentatif ini disediakan khas buat anda-anda yang ingin bercuti di Melaka bersama family. Tentatif ini disusun dengan mengambil kira faktor kesesakan di negeri ini pada hari cuti dan juga kesesuaian aktiviti untuk keluarga.

Percutian 3 hari 2 malam di Melaka akan lebih berharga jika dapat diisikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik. Bukan sekadar memerap diri di bilik hotel disebabkan tidak tahu ke mana arah tujuannya.

Tentatif ini agak padat susunannya. Anda boleh sesuaikan dengan bajet dan kesesuaian aktiviti anda. Beberapa aktiviti dikumpulkan sekali kerana tempat tersebut berada berdekatan antara satu dengan yang lain. Ini akan memudahkan pergerakan anda kerana tidak perlu menghadapi kesesakan beberapa kali.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, tetapi agak jauh sedikit daripada kawasan Bandar. 

Bercuti di Melaka sangat mudah. Tidak perlu untuk mengambil “tour guide” kerana jika anda mahir dengan selok belok di Bandar Melaka dan tahu ke mana anda ingin pergi, ia akan menjimatkan masa dan wang ringgit anda. 

Kita bercuti di Melaka bukan untuk menambahkan tekanan seminggu bekerja, tetapi mahukan ketenangan dan keseronokan bersama keluarga. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Gunakan waktu cuti yang ada untuk menggembirakan diri sendiri dan keluarga tercinta.



Selamat Bercuti di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Bandar Warisan Dunia, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa 2. J



TENTATIF BERCUTI DI SEKITAR BANDAR MELAKA

JUMAAT
6.00 petang         : Check In Hotel
8.00 malam          : Makan Malam di Muara Ikan Bakar, Muara Sungai Duyung
10.00 malam        : Uptown di Pahlawan Walk
12.00 pagi            : Balik hotel

SABTU
6.00 pagi              : Solat Subuh di Masjid Tengkera
7.30 pagi              : Sarapan pagi di Kedai Mee Bodo (kena beratur)
8.30 pagi              : Bergerak masuk ke Banda Hilir(parking di Shopping Mall)
9.30 pagi              : Beraktiviti di Banda hilir
·         Melawat Muzium (10++ muzium yang ada)
·         Melawat Stadthuys (bangunan merah)
·         Melawat Memorial Kemerdekaan
·         Melawat A Famosa
·         Memanjat Bukit St Paul
·         Melawat Replika Istana Melaka
·         Naik Beca
·         Membeli kraftangan
·         Makan di Shopping Mall berhampiran(aircond)
·         Menaiki MenaraTaming Sari
·         Menaiki Duck Tour
·         Shopping di Hatten
·         Shopping di Mahkota Parade
·         Shopping di Dataran Pahlawan
6.00 Petang          : Melawat Masjid Selat
7.00 malam          : Makan Malam di Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana
8.00 malam          : Solat di Masjid Tengkera
8.30 malam          : River Cruise atau Shopping di Jonker Walk
10.30 malam        : Berjalan di Pantai Klebang- Dataran 1 Malaysia
12.00 pagi            : Tidur

AHAD
8.00 pagi              : Sarapan di Roti Canai Kari Kepala Ikan Bukit Beruang
9.00 pagi              : Bergerak ke Ayer Keroh
10.00 pagi            : Aktiviti Rekreasi di sekitar Ayer Keroh
·         Zoo Melaka
·         Taman Buaya
·         Mini Malaysia dan Mini Asean
·         Kayak, wall climbing, paintball di Tasik Ayer Keroh
·         Buggy riding di Taman botanical Melaka
·         Canopy Walk di Taman Botanikal Melaka
·         Melawat Muzium Orang Asli
·         Mandi bersama family di Wonderland
·         Taman Burung Melaka
·         Kedai Kraftangan Taman Botanikal Melaka
·         Membeli belah di Mydin terbesar di Melaka
2.00 petang         : Makan Tengahari di Kawasan Rehat Masjid MiTC atau di Mydin MiTC
6.00 petang         : Bertolak pulang ke rumah
7.00 malam         : Singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh
12.00 malam       : Sampai di rumah