Friday 24 March 2017

WIFI PERCUMA DI MELAKA

Ramai orang Melaka yang tak tahu, kerajaan Negeri Melaka telah memasang WIFI PERCUMA di beberapa tempat di negeri ini. 


Mungkin wifi percuma ini dipasang bagi memastikan masyarakat di Negeri Melaka mendapat akses maklumat yang segera selain dapat meningkatkan perkembangan teknologi dalam generasi anak muda di Negeri Melaka.


Dibawah ini disenaraikan tempat-tempat yang mendapat akses WIFI PERCUMA di Negeri Melaka.


Daerah Melaka Tengah

  • Kompleks JAPERUN DUN Ayer Molek
  • Sekolah Rendah Agama JAIM Bukit Pulau
  • Perkampungan Portugis
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Palembang
  • Menara PKNM MITC
  • Pasar Besar Melaka
  • Kompleks JAPERUN DUN Sungai Udang
  • Kompleks JAPERUN DUN Pantai Kundor
  • Kompleks JAPERUN DUN Paya Rumput
  • Bangunan Inkubator K-Ekonomi


Daerah Alor Gajah

  • Dataran Keris Alor Gajah
  • Alor Gajah Sentral
  • Sekolah Menegah Kebangsaan Durian Tunggal (JAPERUN Durian Tunggal)
  • Kompleks JAPERUN DUN Rembia


Daerah Jasin

  • Terminal Bas Jasin (JAPERUN Rim)
  • Kompleks JAPERUN DUN Sungai Rambai
  • Kompleks JAPERUN DUN Serkam





Selain WIFI PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan negeri Melaka, terdapat juga beberapa tempat-tempat lain yang turut memberikan WIFI PERCUMA. 


Antara tempat yang mempunyai WIFI PERCUMA:

1. Masjid Al-Azim Melaka
2. Restoran McD di sekitar Melaka (kebanyakannya ada wifi percuma)


Jika anda mengetahui tempat-tempat lain yang menyediakan wifi percuma, boleh share di komen di bawah.

Wednesday 15 March 2017

7 TEMPAT MENARIK DI BANDAR MELAKA YANG WAJIB DILAWATI SEMPENA CUTI SEKOLAH MAC 2017 – TENTATIF PADAT SEHARIAN DI BANDAR MELAKA

Ramai yang tercari-cari tempat2 yang best untuk dilawati sempena cuti sekolah tak lama lagi ni kan. Tak sampai seminggu je lagi. Kat mana agaknya tempat yang sesuai untuk anda dan family dapat bersantai dan menenangkan fikiran setelah agak lama tak bercuti?


Antara tempat yang paling sesuai untuk seisi family melancong sambil menghilangkan segala kepenatan bekerja tentulah di negeri Melaka. Melaka yang terkenal dengan negeri pelancongan sentiasa menggamit pelancong samada dari dalam atau luar negara untuk singgah di negeri ini untuk menikmati khazanah yang tertinggal di dalamnya.


Melaka bukan sahaja dikenali sebagai negeri bersejarah, Melaka juga turut dikenali sebagai negeri pelancongan kerana kebanyakan hasil di negeri ini bersumberkan pelancongan. Menjejakkan kaki di Melaka, kita pasti terpesona dengan papan tanda coklat(papan tanda pelancongan) yang memenuhi negeri ini. Dimana-mana sahaja kita dapat melihatnya.


Seandainya anda berminat untuk melancong di Melaka sempena cuti sekolah akan datang, disini di cadangkan beberapa tempat yang wajib anda lawati. Susun jadual anda sebaiknya. Pastikan tempat-tempat ini dapat dilawati agar anda tidak merasa menyesal dalam percutian anda kali ini.


1. MELAKA RIVERCRUISE


Melaka rivercruise terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Jika tidak berlaku kesesakan anda hanya memerlukan 30 minit sahaja perjalanan dari Tol Ayer Keroh atau Tol Alor Gajah untuk sampai ke tempat ini.


Harga yang berpatutan untuk perjalanan yang menjangkau masa 40 minit menaiki bot. Perjalanan ini merentasi sungai Melaka bermula dari Taman Rempah, melalui Kampung Morten, Jambatan Hang Tuah dan beberapa tempat bersejarah yang lain pasti menenangkan fikiran anda. Tak cuba, pasti anda menyesal.


2. TEMPAT BERSEJARAH DI BANDAR MELAKA


Melaka terkenal dengan tempat-tempat yang bersejarah. Alang-alang sudah berada di bandar Melaka, boleh singgah di tempat-tempat ini yang agak berdekatan antara satu sama lain. 5 minit jalan kaki dari Taman Rempah, tempat anda menaiki Rivercruise, anda boleh pula menikmati tinggalan sejarah Belanda, Portugis dan Inggeris di bandar bersejarah ini.


a) Studhuys (Bangunan Merah)
b) Jam Besar
c) Kincir Angin
d) Kincir Air
e) Tapak ekavasi Runtuhan Kota Melaka
f) Muzium2 (ada lebih 10 Muzium di sekitar bandar Melaka, berdekatan antara satu dengan yang lain)
g) Gereja St Paul (penat sikit, kena panjat bukit)
h) Gerbang A’Famosa
i) Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
J) Memorial Kemerdekaan


Disini anda boleh mengabadikan kenangan anda melancong ke Negeri Melaka, kerana kebanyakan ikon yang sering dilihat di dalam buku Sejarah masih kekal disini.


3. MELAKA ALIVE


Tempat pelancongan yang agak baru di Melaka. Terletak berhadapan dengan Gerbang A’Famosa, anda akan menikmati suatu perjalanan yang anda tidak mungkin dapat nikmati di tempat lain.


4. MENARA TAMING SARI


Nak melihat keseluruhan Bandar Melaka, anda boleh meneruskan perjalanan dengan menaiki Menara Taming Sari. Dari sini anda dapat melihat tempat-tempat yang anda telah lawati dan tempat-tempat yang ingin anda lawati.


5. DUCK TOUR


Anda yang sudah penat berjalan boleh merehatkan kaki anda dengan menikmati Duck Tour. Pelancongan 2 alam membawa anda bersiar-siar di sekitar bandar Melaka dan juga menyelusuri sungai serta pantai di sekitar Bandar Melaka.


6. MBMB SWIMMING POOL


Terletak di tengah-tengah bandar Melaka, swimming pool ini menjadi tarikan ibu bapa dan anak-anak untuk menyegarkan badan setelah seharian berjalan. Jika tidak membawa kelengkapan mandi, anda boleh menyewa seluar dan baju renang disini.


7. JONKER WALK


Bila saja malam menjelang tiba, Jonker Walk adalah tempat yang paling sesuai untuk anda meneruskan perjalanan anda. Disini agak sesak dengan manusia tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama. Melayu, Cina, India, dan pelancong dari luar negara memenuhi kawasan ini. Jonker Walk menyediakan cenderahati yang menarik dan agak berbeza dari cenderahati yang ada di tempat lain di Melaka. Jadi belilah cenderahati untuk sahabat-sahabat anda disini.


*8. SHOPPING MALLL


Banyak tempat yang sesuai untuk anda melakukan window shopping di Bandar Melaka. Tak perlu bersusah payah naik turun bas atau kereta kerana kesemua tempat-tempat ini berdekatan antara satu dengan yang lain. Pahlawan Walk, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Hatten Square adalah shopping mall yang menjadi pilihan kerana tidak jauh dari kawasan perlancongan 1 sehingga 7 yang disebutkan diatas.


7 tempat menarik ini anda boleh habis lawati seharian sekiranya anda memulakan aktiviti anda seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 10 malam. 7 tempat ini juga dicadangkan untuk dilawati pada hari Sabtu.



Beberapa tips melancong sekitar Bandar Melaka akan dikongsikan dalam entri yang berikutnya. Kalau melancong, benda yang nak dielakkan adalah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, duduk dalam kereta lebih lama dari berjalan. Betul tak? Jadi tunggukan entri seterusnya untuk tips melancong dengan seronok dan gembira di Bandar Melaka tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


Untuk percutian yang lebih tersusun boleh lihat disini Tentatif Bercuti di Melaka

Thursday 18 August 2016

BERCUTI DI BANDAR HILIR MELAKA (gambar) - Melawat Tempat-tempat bersejarah 1

Hari Rabu yang lepas aku pergi berjalan-jalan di tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir, Melaka. Agak lama juga tidak menjejakkan kaki di kawasan-kawasan bersejarah di sana. Ada juga tempat-tempat yang pertama kali aku ketahui kewujudannya.

Berbekalkan hanya telefon bimbit, banyak juga gambar yang diambil sepanjang perjalanan singkat aku menjelajah kawasan bersejarah di sekitar Bandar Hilir. Entry kali ini lebih kepada menceritakan perjalanan keseluruhan aku selama 5 jam bermula sekitar 2 petang sehingga 7 malam. Jelajah kali ini agak ekspres kerana tujuan aku adalah untuk mengambil sebanyak gambar yang boleh sebelum bateri telefon bimbit habis.

Aku bergerak dari rumah pada jam 1.15 petang, sebelum Zuhur dan sampai di area Melaka Tengah lebih kurang jam 1.50 petang. Tempat pertama yang dituju adalah Masjid kampung Hulu. Solat Zuhur dikerjakan di sana. Aku suka bersolat di masjid ini kerana reka bentuknya yang menarik, dekat dengan kawasan bandar serta lokasinya yang senang untuk diakses.


Masjid kampung Hulu

Ruang Solat Masjid Kampung Hulu


Kolah tempat mengambil wuduk


Beduk yang sudah tidak digunakan lagi


Kemudian kembara diteruskan ke kawasan bangunan-bangunan bersejarah. Aku parking motorsikal di kawasan berbukit berhadapan Balai Polis Melaka Tengah. Betul-betul di sebelah bangunan Stadhuys atau lebih dikenali sebagai bangunan Merah.

Bangunan Stadthuys


Nak tahu berkaitan Stadthuys, boleh baca papan tanda ni


Bangunan ini menempatkan beberapa buah muzium. Salah satunya adalah Muzium Sejarah dan Ethnografi. Untuk masuk ke muzium ini pelancong boleh membeli tiket pada harga pakej iaitu RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Dalam pakej ini, pengunjung juga dapat melawat 4 buah muzium lain dan juga sebuah galeri. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 5:30 petang.


Kadar bayaran untuk memasuki 5 muzium dan 1 galeri (tiket boleh dibeli di pintu masuk Muzium Sejarah dan Ethnografi)


Muzium Sejarah dan Ethnografi


Galeri Cheng Ho

Muzium Sastera dan Muzium Pendidikan aku tak jumpa pintu masuk atau papan tanda muzium ini.


Kompleks Muzium Studthuys dan waktu lawatan muzium


 Muzium Pemerintahan Demokrasi


Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka


Aku tak masuk muzium-muzium ini kerana masa yang tidak mengizinkan. Lagipun aku tak sediakan bajet untuk masuk ke muzium. Seterusnya aku memanjat ke Bukit St Paul. 


Permandangan yang dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke puncak Bukit St Paul.
 Boleh nampak kapal Samudera (Muzium Maritim) dan Menara Taming Sari


Akak-akak ni berehat selepas penat memanjat bukit


Ada jualan kraftangan juga di kawasan tangga


Tak tahu patung apa, aku ambil pun sebab budak tu nampak macam comel


Pemandangan dari puncak Bukit St Paul



Ramai lagi yang gigih memanjat bukit ni. Yang pakai topi tu pelancong dari korea.

Diatas puncak bukit ini terdapat runtuhan Gereja St Paul. Didalamnya terdapat beberapa kubur orang-orang Belanda dan Portugis.

Dahulunya, diatas bukit ini telah dibina Istana Sultan. Namun demikian istana tersebut telah musnah ketika portugis menyerang Melaka.



Bahagian Hadapan Gereja St Paul

Bahagian belakang Gereja St Paul

Dibahagian belakang gereja ini ada juga pintu yang menghubungkan ke Kompleks Muzium Sthudtyus  Sthudyus  Studthuys (susah betul nak eja) tadi. Nak beli tiket kat sini pun boleh. 


Kaunter tiket di puncak Bukit St Paul


Bahagian dalam Gereja St Paul


Batu nesan Belanda dan Portugis


Dalam ni pun ada orang jual cenderamata


Batu laterit yang digunakan untuk membina Gereja St Paul


Suasana dalam bilik


Bahagian tepi Gereja St Paul


Ada juga orang yang menyanyi, kebanyakannya
lagu-lagu portugis ada juga lagu kemerdekaan


Jualan cenderamata, kat mana-mana pun ada


Dataran Pahlawan dan Memorial Kemerdekaan boleh dilihat dari atas bukit St Paul


Gereja St Paul dari tepi

bersambung ke part 2


NIGHT MARKET IN MELAKA (day and location)


Walking and shopping at the night market is the one of the best thing to do in Melaka. We can learn the calture by bargaining with product and negotiate the price with the seller. At the night market in Melaka, we can also seeing the multiple races and religion people that create multiculture in Malaysia. For those that visiting Melaka, I would like to suggest all of you to take a tour at Jonker Walk Night Market and also Dataran Pahlawan Walk Night Market. It is not the best but it is the nearest to the city and also the most popular night market in Melaka.


MELAKA NIGHT MARKET (SUNDAY)
  • Air Keroh Height
  • Bandar Hilir
  • Batu Berendam
  • Kandang
  • Rumah Awam Paya Rumput
  • Pantai Kundor
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Masjid Tanah

MELAKA NIGHT MARKET (MONDAY)
  • Kampung Musai, Bukit Baru
  • Pantai Jaring, Tanjung Kling
  • Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
  • Tanjung Kling
  • Taman Telok Mas
  • Sungai Rambai

MELAKA NIGHT MARKET (TUESDAY)
  • Kampung Gelam
  • Kampung Lapan, Bachang
  • Padang Temu
  • Taman Seri Duyong
  • Taman Sinn, Ujung Pasir
  • Lubuk China
MELAKA NIGHT MARKET (WEDNESDAY)
  • Bertam Perdana
  • Batu 13, Sungai Udang
  • Bukit Katil
  • KM12, Pernu · Semabok
  • Taman Kerjasama, Bukit Beruang
  • Taman Peringgit Jaya
  • In front of Masjid Durian Tunggal
  • Taman Maju,Jasin
  • Pekan Merlimau
MELAKA NIGHT MARKET (THURSDAY)
  • Air Molek
  • Tampoi, Kerubong
  • Taman Harta Pertama, Jalan Depoh
  • Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Taman Peruna, Sungai Udang
  • Rumah Awam Datin Fatimah,Bkt Rambai
  • Serkam Darat
MELAKA NIGHT MARKET (FRIDAY)
  • Rambai Jaya
  • Taman Bukit Serindit
  • Taman Desa Baru, Batu Berendam
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Merdeka
  • Sungai Udang Jaya
  • Taman Telok Mas
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Factory area at Merlimau
  • Lubuk China
MELAKA NIGHT MARKET (SATURDAY)
  • Batu 12, Sungai Udang
  • Kuala Sungai Baru
  • Kampung Tanah Merah Jaya
  • Paya Ikan, Bukit Baru
  • Taman Bukit Katil
  • Taman Kota Laksamana
  • Taman MGBM, Bachang
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk 
  • Jasin
  • Serkam Pantai
  • Cheng


Jonker Walk night market (sayangi.com)



Monday 15 August 2016

LAGU NEGERI MELAKA - Lirik

"MELAKA MAJU JAYA"

MELAKA NEGERI BERSEJARAH
TEMPAT TUMPAH DARAH KITA
DIJUNJUNG DENGAN SEPENUH JIWA
UNTUK MAJU DAN JAYA

RAKYAT MELAKA SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELAKA MAJU JAYA


"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG"

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
GAGAH BERANI
NEGERI INDAH, TAK TERPERI
NILAI MURNI KUALITI TINGGI

HULUBALANGNYA TERBILANG
NEGERI HEBAT CEMERLANG
POKOK MELAKA LAMBANG RAKYAT GEMILANG
DAULAT DIJULANG

MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA NEGERI BERSEJARAH
DIMANA SEMUANYA BERMULA
RAKYATNYA TAAT DAN SETIA
MELAKA MAJU DAN JAYA

MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG



Untuk makluman anda semua, Melaka ada 2 lagu rasmi yang akan dinyanyikan pada setiap kali majlis rasmi kerajaan negeri. Lagu tersebut adalah lagu rasmi yang telah digunakan sejak daripada merdeka lagi iaitu lagu "Melaka Maju Jaya" dan juga lagu baru yang baru sahaja digunakan beberapa tahun kebelakangan ini iaitu lagu "Melaka Maju Negeriku Sayang".

Disini disediakan sekali link youtube bagi kedua-dua lagu diatas:

Melaka Maju Jaya
Melaka Maju Negeriku Sayang



Thursday 4 August 2016

TENTATIF BERCUTI DI SEKITAR BANDAR MELAKA, BANDARAYA WARISAN DUNIA

Rasa gembira tampak di muka,
Melihat cincin tersarung di jari;
Selamat datang ke negeri Melaka,
Negeri bersih indah lestari.

Ini pantun spontan yang baharu sahaja dicipta untuk entry kali ini. Mesti ramai yang berminat untuk bercuti di Melaka bersama keluarga tercinta. Terbayang serpihan Kota A Famosa dan bangunan merah yang hanya dilihat didalam buku teks sekolah dahulu. Kota yang penuh dengan tinggalan sejarah dan warisan anak bangsa.

A Famosa

Bangunan Merah (Stadthuys)


Kali ini aku menyediakan jadual atau tentatif atau flow pergerakan melancong di Melaka. Tentatif ini disediakan khas buat anda-anda yang ingin bercuti di Melaka bersama family. Tentatif ini disusun dengan mengambil kira faktor kesesakan di negeri ini pada hari cuti dan juga kesesuaian aktiviti untuk keluarga.

Percutian 3 hari 2 malam di Melaka akan lebih berharga jika dapat diisikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik. Bukan sekadar memerap diri di bilik hotel disebabkan tidak tahu ke mana arah tujuannya.

Tentatif ini agak padat susunannya. Anda boleh sesuaikan dengan bajet dan kesesuaian aktiviti anda. Beberapa aktiviti dikumpulkan sekali kerana tempat tersebut berada berdekatan antara satu dengan yang lain. Ini akan memudahkan pergerakan anda kerana tidak perlu menghadapi kesesakan beberapa kali.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, tetapi agak jauh sedikit daripada kawasan Bandar. 

Bercuti di Melaka sangat mudah. Tidak perlu untuk mengambil “tour guide” kerana jika anda mahir dengan selok belok di Bandar Melaka dan tahu ke mana anda ingin pergi, ia akan menjimatkan masa dan wang ringgit anda. 

Kita bercuti di Melaka bukan untuk menambahkan tekanan seminggu bekerja, tetapi mahukan ketenangan dan keseronokan bersama keluarga. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Gunakan waktu cuti yang ada untuk menggembirakan diri sendiri dan keluarga tercinta.



Selamat Bercuti di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Bandar Warisan Dunia, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa 2. J



TENTATIF BERCUTI DI SEKITAR BANDAR MELAKA

JUMAAT
6.00 petang         : Check In Hotel
8.00 malam          : Makan Malam di Muara Ikan Bakar, Muara Sungai Duyung
10.00 malam        : Uptown di Pahlawan Walk
12.00 pagi            : Balik hotel

SABTU
6.00 pagi              : Solat Subuh di Masjid Tengkera
7.30 pagi              : Sarapan pagi di Kedai Mee Bodo (kena beratur)
8.30 pagi              : Bergerak masuk ke Banda Hilir(parking di Shopping Mall)
9.30 pagi              : Beraktiviti di Banda hilir
·         Melawat Muzium (10++ muzium yang ada)
·         Melawat Stadthuys (bangunan merah)
·         Melawat Memorial Kemerdekaan
·         Melawat A Famosa
·         Memanjat Bukit St Paul
·         Melawat Replika Istana Melaka
·         Naik Beca
·         Membeli kraftangan
·         Makan di Shopping Mall berhampiran(aircond)
·         Menaiki MenaraTaming Sari
·         Menaiki Duck Tour
·         Shopping di Hatten
·         Shopping di Mahkota Parade
·         Shopping di Dataran Pahlawan
6.00 Petang          : Melawat Masjid Selat
7.00 malam          : Makan Malam di Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana
8.00 malam          : Solat di Masjid Tengkera
8.30 malam          : River Cruise atau Shopping di Jonker Walk
10.30 malam        : Berjalan di Pantai Klebang- Dataran 1 Malaysia
12.00 pagi            : Tidur

AHAD
8.00 pagi              : Sarapan di Roti Canai Kari Kepala Ikan Bukit Beruang
9.00 pagi              : Bergerak ke Ayer Keroh
10.00 pagi            : Aktiviti Rekreasi di sekitar Ayer Keroh
·         Zoo Melaka
·         Taman Buaya
·         Mini Malaysia dan Mini Asean
·         Kayak, wall climbing, paintball di Tasik Ayer Keroh
·         Buggy riding di Taman botanical Melaka
·         Canopy Walk di Taman Botanikal Melaka
·         Melawat Muzium Orang Asli
·         Mandi bersama family di Wonderland
·         Taman Burung Melaka
·         Kedai Kraftangan Taman Botanikal Melaka
·         Membeli belah di Mydin terbesar di Melaka
2.00 petang         : Makan Tengahari di Kawasan Rehat Masjid MiTC atau di Mydin MiTC
6.00 petang         : Bertolak pulang ke rumah
7.00 malam         : Singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh
12.00 malam       : Sampai di rumah

Monday 25 July 2016

Senarai Sekolah Menengah di Negeri Melaka

Ini adalah senarai sekolah menengah yang terdapat di Melaka. Dibahagikan kepada tiga bahagian mewakili 3 bahagian PPD di negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Aku dulu turut pernah bersekolah di salah satu sekolah menengah di negeri Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti. Kalau nak tahu, sekolah aku adalah sekolah paling legend di Melaka (semua orang akan claim benda yang sama).

Dibawah sekali diattachkan link untuk download dokumen dalam bentuk pdf yang mengandungi senarai sekolah menengah di negeri Melaka Bandar Teknologi Hijau ini beserta beberapa maklumat berkaitan sekolah tersebut. Semoga bermanfaat...

ALOR GAJAH

1.       SMK GHAFAR BABA
2.       SMK DATO' HAJI TALIB KARIM
3.       SMK  RAHMAT
4.       SMK  ADE PUTRA
5.       SMK NANING
6.       SMK LUBOK CHINA
7.       SMK  HANG KASTURI
8.       SMK SUNGAI UDANG
9.       SMK DURIAN TUNGGAL
10.   SMK TEBONG
11.   SMK SERI PENGKALAN
12.   SMK PULAU SEBANG
13.   SMK SULTAN ALAUDDIN
14.   SMK  SULTAN  MANSOR  SHAH
15.   SMK  DATO' DOL SAID
16.   SMK KEM TERENDAK
17.   SM AGAMA AL-EHYA AL-KARIM
18.   SMA JAIM AL-ASYRAF
19.   SM ARAB (JAIM) DARUL FALAH
20.   KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD. ZIN

JASIN

1.       SMK ISKANDAR SHAH
2.       SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB
3.       SMK SRI MAHKOTA
4.       SMK SIMPANG BEKOH
5.       SMK SELANDAR
6.       SMK SUNGAI RAMBAI
7.       SMK NYALAS
8.       SMK SERI BEMBAN
9.       SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
10.   SMK DATUK BENDAHARA
11.   SMK DANG ANUM
12.   SMK JASIN
13.   SM ARAB ASSAIYIDAH KHADIJAH
14.   SEK.MEN.ARB.ASSYAKIRIN
15.   SM TAHFIZ AL QURAN (JAIM)
16.   SM VOKASIONAL JASIN
17.   SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
18.   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN PERAK

MELAKA TENGAH

1.       SMK TUN TIJAH
2.       SMK  MUNSHI ABDULLAH
3.       SMK TUN MUTAHIR (INTEG)
4.       SMK SERI TANJUNG
5.       SMK AIR MOLEK
6.       SMK KLEBANG BESAR
7.       SMK BUKIT BARU
8.       SMK TUN HAJI ABD MALEK
9.       SMK BUKIT KATIL
10.   SMK MALIM
11.   SMK PADANG TEMU
12.   SMK TELOK MAS
13.   SMK BUKIT RAMBAI
14.   SMK AYER KEROH
15.   SMK KAMPUNG GELAM
16.   SMK PERNU
17.   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
18.   SMK TINGGI MELAKA
19.   SMK GAJAH BERANG
20.   SMK TINGGI PEREMPUAN
21.   SMK TINGGI ST DAVID (M)
22.   SMK METHODIST (ACS) MELAKA ( M )
23.   SMK PEREMPUAN METHODIST (M)
24.   SMK ST FRANCIS (M)
25.   SMK INFANT JESUS CONVENT (M)
26.   SMK  CANOSSA CONVENT ( M )
27.   SMK  KATHOLIK (M)
28.   SMK NOTRE DAME CONVENT
29.   SMK  YOK BIN (CF)
30.   SMK TUN TUAH
31.   SMK  DURIAN DAUN
32.   SMK TINGGI CINA MELAKA
33.   SMK SERI KOTA
34.   SM SAINS MUZAFFAR SHAH
35.   SM AGAMA JAIM AL AHMADI
36.   SM VOKASIONAL MELAKA TENGAH
37.   SMKT BUKIT PIATU
38.   SMKA  SULTAN MUHAMMAD
39.   SMKA SHARIFAH RODZIAH